CARA MEMBUAT KONTEN "PILLAR"

CARA MEMBUAT KONTEN "PILLAR"

Content pillar, juga dikenali sebagai
cornerstone content, adalah sejenis konten yang komprehensif dan informatif yang berfungsi sebagai asas untuk topik atau subjek tertentu di sebuah laman web. 

Content pillar dapat membantu perniagaan ditemui dalam mesin carian, meningkatkan ranking, menubuhkan jenama sebagai pemimpin pemikiran, dan memberikan struktur kepada keseluruhan rancangan konten. 

Untuk meningkatkan visibiliti pillar dalam hasil carian mesin pencari, kata kunci yang relevan boleh dimasukkan ke dalam konten. Content pillar juga boleh dihubungkan dengan menyertakan pautan ke artikel yang berkaitan dalam pos blog.

Laman pillar, atau pos pillar, lebih panjang daripada pos blog biasa, tetapi mereka menjawab semua aspek topik dan pautan ke potongan konten yang berkaitan. Mereka menjawab soalan mengenai topik tertentu, tetapi meninggalkan ruang untuk detail lebih lanjut dalam konten kluster yang berkaitan seterusnya.

Jumlah patah perkataan Konten Pillar biasanya 3500 patah perkataan ke atas.


TUJUAN KONTEN PILLAR 

Content pillar juga boleh membantu menubuhkan strategi konten yang kuat untuk jenama atau niche dengan mengenal pasti tema dan topik yang relevan. Ini dapat membantu membina kerangka kerja yang kohesif yang resonan dengan audiens dan mengukuhkan kepakaran jenama.

CARA MEMBUAT KONTEN "PILLAR"

Tujuan anda membuat konten pillar ialah untuk memastikan artikel anda ini di indeks oleh Google sebagai Helpful Content dan merangkumi EEAT.

Kedua ialah melalui  Content pillar adalah artikel utama yang akan menyokong sub artikel, blog, video, buku elektronik, dan infografik anda. Pada dasarnya, anda akan membuat sub topik yang lebih detail yang diambil daripada Konten Pillar ini.

Ini biasanya kita panggil Topikal Autoriti atau Sub Pillar atau Cluster Pillar. Panjang patah perkataan Topikal Autoriti ini dalam 750 - 2500 sahaja.

Dengan Konten Pillar anda mempunyai satu kerangka topik yang tersusun yang telah anda masukkan ke dalam Konten Pillar dan kemudian anda akan ambil sub detail dari Konten Pillar sebagai sub cluster anda.

Dalam memastikan Konten Pillar anda ini menarik Google Algoritma, anda memerlukan internal link dan anda boleh gunakan Sub Cluster / Topikal Autoriti sebagai internal link anda,

Jagan bimbang , saya ada membuat sebuah artikel bagaimana membuat sebuah konten Pillar  

BERAPA BANYAK KONTEN PILLAR YANG SAYA PERLUKAN.

CARA MEMBUAT KONTEN "PILLAR"

Walaupun contoh kami hanya menggambarkan satu pillar, anda mungkin akan memiliki banyak pillar dan sub-pillar untuk  anda menghasilkan lebih banyak konten. Ia akan kelihatan sedikit seperti jaring labah-labah, di mana semua konten anda saling berkaitan untuk mencipta strategi konten anda.


Kesimpulan

Konten Pillar memastikan:

  • Artikel anda di indeks oleh Google
  • Membolehkan anda membuat sub konten dari Konten Pillar
  • Topik anda mempunyai sequen yang strategi 
  • Konten Pillar anda mempunyai internal link yang tepat
  • Anda tidak tersasar dalam membuat artikel, pendek kata anda mempunya sistem yang baik
  • Kehendak Google Algoritma Helpful Content dan EEAT


Jom ke Episod Kedua dan paling penting , iaitu bagaimana membuat KONTEN PILLAR