Untuk SEO pula saya memberikan anda sebuah Ebook percuma dari Neil Pattel yang amat sesuai digunakan oleh pemula atau advanced blogger.
Ia menerangkan dengan jelas 2 perkara tentang SEO iaitu On Page SEO dan Off Page SEO yang patut diketahui oleh anda semua.
Saya akan terangkan secara ringkas.
Dapatkan lebih maklumat TIPS SEO
APA ITU ON PAGE SEO
On-page SEO adalah taktik yang digunakan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian dengan cara mengoptimalkan elemen-elemen laman web itu sendiri. On-page SEO merangkumi pelbagai elemen yang terdapat dalam laman web, termasuk kandungan, tag meta, judul, pautan, dan lain-lain.
Beberapa contoh taktik on-page SEO yang boleh digunakan termasuk:
- Penulisan kandungan yang bermutu tinggi: Menulis kandungan yang berkualiti tinggi, relevan, dan unik boleh membantu laman web mendapat ranking yang lebih tinggi dalam hasil carian mesin carian.
- Penggunaan kata kunci yang tepat: Penggunaan kata kunci yang tepat dalam kandungan laman web boleh membantu mesin carian mengenal pasti topik laman web dan memberikan laman web tersebut lebih tinggi dalam hasil carian yang relevan.
- Penggunaan tag meta dan judul yang sesuai: Tag meta dan judul laman web boleh membantu mesin carian mengenal pasti topik laman web dan menentukan relevansinya dengan hasil carian yang dicari oleh pengguna.
- Penggunaan struktur URL yang sesuai: Struktur URL yang teratur dan mudah dibaca oleh mesin carian dapat membantu meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian.
- Penggunaan header (H1, H2, dll.) yang sesuai: Penggunaan header yang sesuai dapat membantu mesin carian mengenal pasti topik laman web dan menentukan relevansinya dengan hasil carian yang dicari oleh pengguna.
- Penggunaan gambar dan video yang sesuai: Penggunaan gambar dan video yang sesuai dapat membantu meningkatkan pengalaman pengguna dan juga membantu mesin carian mengenal pasti topik laman web.
On-page SEO merupakan satu elemen penting dalam proses SEO yang bertujuan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian. APA ITU ON PAGE SEO
Pendek kata ON Page SEO ialah :
- Penulisan kandungan yang bermutu tinggi
- Penggunaan kata kunci yang tepat
- Penggunaan tag meta dan judul yang sesuai:
- Penggunaan struktur URL yang sesuai
- Penggunaan header (H1, H2, dll.) yang sesuai
- Penggunaan gambar dan video yang sesuai
APA ITU OFF PAGE SEO
Off-page SEO adalah taktik yang digunakan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian dengan cara mengoptimalkan elemen-elemen luar laman web itu sendiri. Off-page SEO merangkumi pelbagai faktor yang tidak terdapat dalam laman web, seperti pautan masuk (backlinks) dari laman web lain, sosial media, dan lain-lain.
Beberapa contoh taktik off-page SEO yang boleh digunakan termasuk:
- Pautan masuk (backlinks) dari laman web lain: Pautan masuk dari laman web lain yang berkualiti dapat membantu meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian. Dapat Free Backlink kami - disini
- Penggunaan media sosial: Menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram boleh membantu meningkatkan visibiliti laman web dan juga membantu dalam proses SEO.
- Penulisan artikel berkualiti tinggi di laman web lain: Menulis artikel berkualiti tinggi di laman web lain yang berkaitan dengan topik laman web sendiri boleh membantu meningkatkan pautan masuk ke laman web tersebut.
- Penggunaan perisian laman web lain: Penggunaan perisian seperti Google Maps, Google My Business, Uber Suggest dan lain-lain boleh membantu meningkatkan visibiliti laman web dalam hasil carian mesin carian.
Off-page SEO merupakan satu elemen penting dalam proses SEO yang bertujuan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian.
Pendek kata Off Page SEO ialah:
- Pautan masuk (backlinks) dari laman web lain:
- Penggunaan media sosial
- Penulisan artikel berkualiti tinggi di laman web lain
- Penggunaan perisian laman web lain
BOOK PERCUMA OLEH NEIL PATEL
Bariu -baru Neil Patel telah membuat EBook percuma iaitu SEO Make Simple dengan setebal 81 mukasurat. Saya telah membaca EBook beliau ini dan ianya memang padat dengan informasi untuk meningkatkan prestasi blogging anda.
Jika anda baru dalam dunia SEO ini, penggunaan terma SEO seperti broken link, HTML ia akan ambil masa sedikit dan anda kena buat kajian mendalam tentang terma ini.
Tapi itulah terma yang penting untuk anda fahami dan Neil Patel telah berikan terma-terma ini dan hanya perlu laksanakan dan fahami lebih lanjut.
Dan paling penting untuk saya, ianya bukan berkenaan terma SEO ini tetapi tips konten yang diberikan oleh beliau dalam EBook ini.
"Content Is King" dan saya masih berpegang lagi pada ideologi ini, untuk berjaya dalam dunia blogging ini. Anda mesti membuat konten dan bagaimana anda memastikan konten anda yang terbaik dari kalangan konten yang mempunyai niche yang sama dengan anda.
Inilah yang beliau ajar dalam EBook ini.
Jaminan blog anda akan meningkat ranking jika anda amalkan melalui EBook ini. Itu kata Neil Patel tetapi beliau ingatkan, blogging ini bukan senang.
Ianya memerlukan disiplin dan kesabaran dan dalam masa 6 bulan hingga setahun anda baru akan melihat hasilnya jika anda amalkan secara konsisten.
DOWNLOAD SEO MAKE SIMPLE BY NEIL PATEL - DISINI
Anda boleh download EBook beliau melalui link di atas ini. Saya pun kurang pasti berapa lama beliau akan kongsikan link ini. Jika link telah hapus, komen kat bawah ini nanti saya periksa kembali.
ISI KANDUNGAN EBOOK PERCUMA SEO NEIL PATEL
Mahu tak mahu anda kena mahirkan diri anda kedua-dua ini jika anda mahu menjadikan blogging sebagai kerjaya anda dan menjana pendapatan untuk anda.
Beliau ada terangkan secara detailed apakah itu On Page dan Off Page SEO dalam EBook beliau ini. dalam mukasurat 16 ini.
Secara ringkas On Page SEO ialah anda membuat perubahan SEO didalam website anda sendiri dari segi konten, title tag, alt image, heading dan sebagainya.
Manakala yang paling sukar ialah Off Page SEO dimana anda mencari banklink, bounce rate dan sebagainya. Ianya aktiviti diluar website anda.
Seperti Neil Patel katakan jika anda mempunyai rumah, Rumah itu ialah On Page SEO dan manakala kawasan luar rumah anda ialag Off Page SEO.
Kalau setakat rumah anda bersih tetapi luar rumah penuh dengan lalang pun tiada gunanya.
KESIMPULAN EBOOK SEO PERCUMA OLEH NEIL PATEL
Saya mencadangkan anda download EBook ini untuk memahami dengan jelas asas SEO yang perlu anda kuasai.
Dunia blogging kini semakin perit dan yang kuat sahaja akan berjaya. Bukannya kuat bergaduh tetapi mempunyai kekuatan SEO , kekuatan membuat post yang konsisten dan kekuatan mental dimana blogging ini adalah permainan jangka panjang.