Mesti ramai kan yang tertanya-tanya macam mana nak daftar Nuffnang dan cara nak hasilkan komisen dengan Nuffnang.
Bagi yang baru nak daftar, di sini saya kongsikan cara untuk daftar Nuffnang dan iklankan dalam blog.
Langkah Pertama:
Korang kena buka link ni dulu https://www.nuffnang.com.my/
Langkah Kedua:
Korang kena klik pada icon "JOIN NUFFNANG"
Lepas korang klik icon tadi, page kat bawah akan keluar. So, isi la maklumat korang seperti yang diminta. Dah siap, klik next untuk aktifkan akaun korang.
NOTE: Lepas korang klik next ni juga, pastikan korang buka emel yang korang register tadi. Klik link dalam emel tersebut untuk aktifkan akaun korang.
Langkah ketiga:
Bila korang dah klik link yang diterima melalui emel, page di bawah akan keluar. Masukkan emel dan password yang korang register tadi.
Langkah Keempat:
Lepas login, cari icon "MANAGE BLOG atau ADD A BLOG" dan isi maklumat seperti yang di minta dan tekan next sehingga selesai
Langkah kelima:
Lepas korang dah siap isi, klik "UPDATE SURVEY".
Langkah keenam:
Pilih lokasi untuk iklan Nuffnang sama ada "LARGE REC, LEADERBOARD atau SKYSCRAPER. Lepas korang dah pilih, klik kode yang diberi and COPY.
Note: Kalau page kat bawah tak keluar lepas "UPDATE SURVEY" korang boleh klik icon "ADD AD UNIT"
Langkah ketujuh:
Login ke blog anda dan pilih "LAYOUT"
Langkah kelapan:
Klik "add a gadget"
Langkah kesembilan:
Selepas korang dah klik "add a Gadget" page seperti dibawah akan keluar. Untuk masukkan kode yang di COPY tadi klik "HTML/JavaScript"
Langkah kesepuluh:
Setelah icon "HTML/JavaScript" diklik, page di bawah akan keluar. So,PASTE kan kode tadi ke dalam ruang "CONTENT" dan klik "SAVE".
SELESAI............
Lepas klik save, korang boleh klik icon "VIEW BLOG" untuk lihat hasil yang korang dah buat. Kat bawah ni contoh iklan Nuffnang dalam blog saya.
Selamat mencuba.... :) :)