CARA MEMBUAT BILL ATAU OPEN LINK PAYMENT TOYYIBPAY
Dibawah ini adalah penerangan dengan video dan bahagian atas adalah penjelasan slide
Istilah payment gateway (gerbang pembayaran) lebih popular di kalangan peniaga online yang memiliki website ecommerce.
Payment gateway adalah orang tengah yang menyediakan servis memproses & menerima pelbagai jenis bayaran. Mereka menjadi penghubung antara pihak peniaga, pembeli & pihak bank.
Kebanyakan payment gateway datang dengan pakej yang lengkap, menerima pelbagai jenis kad kredit, menerima pelbagai jenis online banking & boleh diintegrasi dengan pelbagai jenis website.
Untuk transaksi menggunakan payment gateway di website, bayaran boleh diterima secara automatik pada bila-bila masa. Proses pengesahan bayaran & penukaran status order juga berlaku secara automatik. Memang memudahkan.
Website yang tidak dilengkapi dengan payment gateway adalah website yang kurang sempurna.
Menggunakan payment gateway, kita juga boleh menerima bayaran daripada luar negara dalam apa jua jenis matawang.
BONUS: Peniaga online yang tiada website pun boleh gunakan payment gateway. Ada fungsi payment form & button yang hanya perlu kongsikan link sahaja untuk terima bayaran.
Kelebihan Bill atau Open LInk Payment Toyyibpay ini ia bukan sahaja boleh dimasukkan ke website tetapi link ini boleh dikongsikan ke what apps dan mana-mana platform yang ada.
Malah Bill TOYYIBPAY juga ada memberi scan OR dimana anda tak perlu klik untuk membuat pembayaran dimana pembeli boleh scan QR code yang diberikan.
TOYYIBPAY memudahkan pembelian kepada pelanggan anda dan ia juga memudahkan anda membuat Bill atau Open Link Payment.